Kesan Amiriah Kriti

Zaman Arab di Crete masih secara relatifnya kabur disebabkan kurangnya bukti yang masih wujud mengenai sejarah dalamannya. Tambahan lagi, selain daripada sebilangan kecil nama tempat yang mengimbas kembali kehadiran orang-orang Arab itu, tiada tinggalan arkeologi utama dari zaman itu yang terselamat, kemungkinan disebabkan pemusnahan disengajakan oleh Byzantin selepas 961.[52] Ini mempengaruhi cara amiriah itu dipandang secara amnya: para sarjana, yang terpaksa bergantung banyak kepada catatan Byzantin, secara tradisinya melihat Amiriah Crete menerusi kacamata Byzantin sebagai satu "sarang lanun" yang unggul, yang bertahan dengan pelanuan dan perdagangan hamba.[53][54]

Di satu sudut yang lain, gambaran yang dilukis oleh sebilangan kecil rujukan yang berselerakan dari dunia Islam tentang Amiriah Crete memaparkannya sebagai sebuah negara yang tersusun dengan ekonomi kewangan yang tetap dan jaringan perdagangan yang luas, dan terdapat bukti bahawa Chandax merupakan sebuah pusat kebuadayaan yang agak penting.[55][56] Peninggalan banyak duit syiling emas, perak dan tembaga, dengan berat dan komposisi yang hampir seragam, membuktikan ekonomi yang kukuh dan taraf hidup yang tinggi di kalangan populasinya.[57] Ekonominya dikukuhkan oleh perdagangan meluas dengan dunia Islam yang lain, terutamanya dengan Mesir, dan oleh pertanian yang rancak: keperluan untuk menampung sebuah negara bebas, dan juga jalan masuk ke pasaran dunia Islam, membawa pada penanaman yang bertambah hebat. Kemungkinan juga tebu diperkenalkan ke Crete pada masa itu.[58]

Tidak jelas apa yang berlaku kepada orang Kristian pulau itu selepas penaklukan oleh Muslim; pandangan tradisional adalah bahawa kebanyakan mereka ditukar agama atau diusir keluar.[19] Bagaimana pun, terdapat bukti daripada sumber Muslim, tentang kelangsungan orang Kristian di Crete, walaupun menurut sumber Muslim yang sama, samada keturunan orang Andalus, penghijrah yang terbaharu, atau orang murtad (atau sebarang kombinasi mereka ini) membentuk kumpulan majoriti.[59] Terdapat juga sebilangan bukti mengenai pecahan-pecahan saingan di pulau itu, samada Kristian atau Muslim, dengan ketika Theodosius the Deacon melaporkan "penghuni batuan terjal dan gua" di bawah pimpinan Karamountes turun dari gunung-gunung semasa pengepungan Chandax oleh Nikephoros Phokas.[60] Kelihatannya bahawa populasi di pedalaman dibiarkan begitu sahaja, manakala unsur Muslim (termasuklah penduduk asal yang memeluk Islam) mendominasi kawasan bandar.[56]